Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang daripada menunaikan ibadah 
umrah di tanah suci Mekah mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang
besar berwarna perak di perairan Laut Andaman, dipercayai penerbangan 
Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac, ketika pesawat yang dinaikinya 
melintasi kawasan berkenaan pada pagi hari sama.

Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang 
sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan 
sebahagian lagi timbul, beliau memaklumkan kepada ramai pihak di dalam
penerbangan berkenaan tetapi tidak diendahkan.

Raja Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang
 berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu
 Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan 
memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya 
satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapal terbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa 
melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan 
saya ke Beijing dua tahun lalu juga tidak dapat tidur di dalam pesawat dan 
sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak itu dipetik daripada portal 
Mstar Online.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia
terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas 
lautan itu, skrin televisyendi hadapannya menunjukkan yang mereka sedang
melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil 
dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air.Saya 
mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi 
malangnya mereka mentertawakan saya," katanya.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai 
sebuah pesawat yang besar."Buat apa saya hendak bercakap bohong saya baru
sahaja balik dari umrah," katanya.

Hanya pada 14 Mac lalu dia membuat laporan polis akan apa yang didakwa 
disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang 
dikatakannya itu secara serius.Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa 
yang disaksikannya itu secara terperinci.

Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar
lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget 
sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang 
waktu Malaysia),” kata beliau.Raja Dalelah berkata, apabila tiba di Lapangan 
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia 
menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 
hilang dan sedang dicari."Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya 
menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya 
membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang 
lain khuatir yang saya mungkinakan ditahan kerana membuat laporan palsu 
kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat 
di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya
selepas pesawat itu disahkan berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan 
bukannya Laut China Selatan.Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam 
penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian 
sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih 
kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat 
dengan jelas apaapa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata 
juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan, seperti dilaporkan Mstar.
Pesawat Boeing 777200 ER ketika hilang membawa 239 penumpang termasuk
anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China.-sumber

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.