Memasuki hari ke-18 misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, pelbagai 
teori serta konspirasi yang dikongsikan oleh ‘pakar-pakar penerbangan’ di luar
sana.

Itu belum lagi media-media asing yang sering kali memberikan berita serta
fakta yang tidak betul mengenai insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Tonton video ini di mana pengacara wanita program Morning Joe, Mika
Brzezinski yang memotong percakapan rakan setugasnya yang terus-terusan 
memberikan pelbagai teori mengenai MH370.

Mika mengatakan, “jika kita fokus kepada cerita yang direka (teori) dalam 
usaha untuk menaikkan rating dan kemudiannya penonton akan terikut-ikut
dengan perkara tersebut, ini memang tidak patut”.Mika menghentikan 
cakap-cakap yang keterlaluan dan turut menyatakan sepatutnya mereka 
melaporkan berdasarkan fakta dan bukannya mewujudkan sebarang teori
atau konspirasi untuk mengeruhkan lagi keadaan.

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.