BACHOK- Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary meminta penjelasan 
daripada kerajaan mengenai dakwaan kemunculan tentera Amerika Syarikat di 
Kelantan.

Beliau berkata, kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan mendatangkan 
curiga dalam kalangan rakyat Kelantan.

Beliau mendakwa, gambar kemunculan tentera itu di Kelantan telah dirakam olehaktivis di salah sebuah hotel di Kota Bharu dan gerombolan tentera itu menuju 
ke Hutan Simpan Sokor, Tanah Merah.

“Dalam ucapan saya di parlimen ketika membahaskan perbahasan titah ucapan 
Yang DiPertuan Agong, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas 
baru-baru ini, saya menyatakan bahawa dokumen oleh Arkib Negara Malaysia 
bertajuk Documents On Malacca From 1509-1511, mendedahkan bagaimana 
Kota A famosa dibina oleh Portugis dari batu nisan orang Muslim dan serpihan 
batu masjid yang runtuh akibat serangan Portugis.

“Dokumen tersebut juga mendedahkan surat Alfonso De Albuquerque kepada 
King D Manuel tentang tekadnya untuk menghancurkan Makkah dan kota Muslim 
yang lain, yang perlu dibaca sebagai sebahagian strategi perang salib,” katanya.

Beliau yang juga AJK Pemuda Pas Pusat mengingatkan kerajaan mengenai dak-
waan konspirasi barat dalam beberapa tragedi termasuk pencerobohan ke atas 
Iraq, Afghanistan dan pendedahan intipan oleh bekas agen Central Intelligence 
Agency(CIA), Edward Snowden.

Ahmad Marzuk juga meminta kerajaan menyiasat kes pesawat MH370 bersama 
dengan hubung kait kes kehadiran dua perisik Israel di Bukit Aman dan pengliba-
tan APCO.

Sementara itu, melalui beberapa laman blog kelmarin menyiarkan artikel Dewan 
Rakyat yang dimaklumkan mengenai kehadiran tentera Amerika Syarikat ke 
Kelantan pada awal bulan ini.

Melalui artikel itu, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri ber-
kata, kehadiran mereka selama dua minggu dari 18 hingga 21 Mac untuk latihan 
tahunan bersama Markas 8 Briged dan Markas Tentera Darat.

Menurutnya lagi, kehadiran tentera United States Army Pasific (USARPAC) itu 
juga menjalankan latihan bencana alam seperti banjir dan jungle wellfare. Lati-
han sedemikian juga bakal diadakan lagi pada 17 hingga 29 September 2014
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.