Kalau sebut nama Eina Azman, pasti teringat akan kontroversi kisah percintaannya dengan seorang pelakon
muda, Afiq Muiz yang pernah menjadi topik perbualan hangat satu ketika dulu.

Terbaru, timbul pula isu Eina meninggalkan set penggambaran filem usahasama Malaysia-Indonesia berjudul
‘Kuntilanak Ciliwung’ selepas berlakunya pertengkaran antara dia dan penerbit filem tersebut.

Menurut laporan Malaysian Digest, Eina dikatakan berang setelah permintaannya untuk kembali 
ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak ditunaikan. Namun, lebih memeranjatkan apabila Eina mendakwa 
dirinya bukan sahaja tidak diberi kontrak, malah turut diminta melakonkan aksi ranjang.


Okay sedikit yang saya boleh katakan, saya tidak diberi kontrak. Bayangkan bagaimana saya mahu 
meneruskan pengggambaran. Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mahu
 bertanggungjawab dan apa jaminan saya.Selain itu, saya juga disuruh berlakon aksi-aksi di atas katil. Berdasarkan skrip saya,saya perlu melakonkan babak-babak tersebut.

Nampaknya, Eina benar-benar berang dengan tindakan produksi filem tersebut dan berjanji akan 
mengadakan sidang media khas untuk menjelaskan situasi sebenar.

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Ratu The Movie’ ini enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana bimbang disalah tafsir oleh pihak lain.

Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut salah cakap lagi nanti saya yang kena teruk. Jadi saya 
tak mahu komen apa-apa.

Sementara itu, Eina kini sudah melantik Usop Wilcha sebagai perunding yang telah dipertanggung jawabkan untuk menyelesaikan isu berkenaan.-OH BULAN


    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.