Mengenai dakwaan sesetengah saudara-mara bahawa mereka telah membuat 
panggilan telefon kepada seorang penumpang dan panggilan telefon itu berbunyi 
sekali tetapi dimatikan kemudian, Ong berkata beliau sendiri beberapa kali 
cuba menghubungi nombor yang sama, iaitu nombor Singapura, tetapi tiada 
bunyi deringan yang diterima.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa berkenaan 
untuk menyiasat.Beliau berkata kes itu juga telah dimaklumkan kepada kedutaan 
Malaysia dan China masing-masing di Beijing dan di Kuala Lumpur.

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) akan menerbangkan kumpulan pertama 
keluarga penumpang pesawat MH370 hari ini untuk mendapatkan maklumat 
terkini, kata jurucakap MAS, Ignatious Ong Ming Choy pada Ahad.

Beliau berkata kumpulan pertama itu terdiri daripada hanya dua anggota 
keluarga penumpang pesawat itu memandangkan mereka mempunyai pasport 
dan visa yang sah ke Malaysia.

Jumlah sehingga lima anggota keluarga akan diterbang ke Kuala Lumpur 
dalam penerbangan berikutnya yang disediakan MAS kerana syarikat 
penerbangan itu mahu membawa seberapa banyak yang boleh keluarga 
penumpang pesawat itu ke KL, katanya pada persidangan media di Citic
hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini.

Ong berkata bagi saudara-mara yang belum mempunyai dokumen yang sah, MAS 
akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Beijing, serta Jabatan Imigresen China untuk memper-mudahkan proses permohonan.

Beliau berkata para penjaga dan sukarelawan daripada pasukan Go team MAS 
akan membantu dalam urusan pendaftaran anggota keluarga yang tidak 
mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

MAS menempah tiga buah hotel untuk menempatkan anggota keluarga itu, 
kata Ong sambil berkata 100 daripada mereka menginap di hotel Lido di sini.
Beliau berkata anggota keluarga dibantu para penjaga dan sukarelawan Go Team 
MAS, yang juga kakitangan MAS. Mereka dilatih khusus oleh Yayasan Tzu-Chied, sebuah Yayasan Bantuan Buddha berpejabat di Taiwan.

Ong berkata pusat kawalan di Malaysia adalah telus dan akan memberi 
maklumat terkini kepada anggota keluarga serta media tentang perkembangan 
terkini.Ketika ditanya tentang radar tentera yang menerima isyarat ‘penerbangan 
berpatah balik’, beliau berkata pusat kawalan di Kuala Lumpur akan memberi 
maklumat terkini tentang perkara itu.

Ong berharap anggota keluarga bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang 
lebih buruk kerana belum ada penemuan tentang lokasi pesawat itu selepas 
operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama lebih 30 jam.

Penerbangan MH370 MAS, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, 
dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke 
Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa KL 
pukul 12.41 pagi Sabtu.Sumber Mstar Online
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.