Beijing - Naib Presiden Kanan serantau (China) Malaysia Airlines MAS, 
Joshua Law Kok Hwa berkata syarikat penerbangan itu akan menyediakan 
31,000 Yuan (RM16,577) sebagai bantuan kewangan awal kepada 
semua anggota keluarga yang melebihi keperluan asas mereka.

Syarikat penerbangan itu akan menanggung semua perbelanjaan sekurang-
kurangnya seminggu bagi anggota keluarga yang mahu tinggal di Beijing 
atau pulang ke Kuala Lumpur, lapor akhbar harian negeri People's Daily.

Sudah lebih 48 jam sejak pesawat MAS MH370 hilang semasa dalam 
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dalam satu kenyataan, MAS berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan 
kerajaan China bagi mempercepatkan pengeluaran pasport bagi anggota 
keluarga yang ingin pulang ke Malaysia dan begitu juga dengan Jabatan 
Imigresen Malaysia berhubung pengeluaran visa ke Malaysia.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.