SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin 
Tun Hussein hari ini berkata pesawat dan kapal telah dihantar untuk men-
gesahkan maklumat mengenai pengesanan kemungkinan objek yang ada 
kaitannya dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Bercakap kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan delegasi 
Australia di Hotel Sama-Sama di sini, Hishammuddin berkata maklumat itu 
memberi penunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat 
itu yang masuk hari ke-13 hari ini.

"Seperti yang telah saya lakukan dari hari pertama, kita akan mengikuti setiap 
petunjuk baharu. Marilah kita berharap ini adalah perkembangan positif," kata-
nya, dan menambah kata adalah terlalu awal untuk mengesahkan lokasi objek 
itu ditemui.

Ditanya apakah jenis objek yang ditemui dan berapa lama akan mengambil 
masa untuk mengesahkannya, Hishammuddin berkata: "Kami tidak tahu. 
Pesawat dan kapal telah dihantar.

"(Ia) seperti yang kami lakukan dengan penemuan imej dari satelit China dan 
lain-lain objek yang memberi penunjuk awal. Kita menggunakan kaedah sama," 
katanya. Hishammuddin enggan mendedahkan apakah maklumat yang disampai-
kan oleh kerajaan Australia hari ini.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa 
imej satelit telah menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan kepada pesawat 
Malaysia yang hilang pada 8 Mac, menurut agensi berita Reuters.

Agensi berita itu memetik Abbot sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen "
bahawa maklumat baharu dan kredibel telah diperoleh berhubung misi mencari
di selatan Lautan Hindi."

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 
12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas meninggalkan 
Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam 
sebelumnya. Ia di-jadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari 
yang sama. - Bernama
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.