Seperti yang umum sedia maklum, kebanyakan ahli keluarga dan waris penump-
ang kapal terbang MH370 di China tidak dapat menerima kenyataan apabila 
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa 
pesawat berkenaan hilang di Lautan Hindi.

Sejak pengumuman tersebut, kedutaan Malaysia di negara China menjadi lokasi 
keluarga mangsa berkumpul dan mengadakan protes secara besar-besaran.

Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran Malaysia yang popular di China, Fish Leong 
juga tidak terkecuali dari terkena tempias hingga menyebabkan dia dan beberapa selebriti lain dibuli di lamansiber.


Difahamkan, Leong telah mengemaskini laman sosial miliknya seakan
memperingati mereka yang tidak bernasib baik di dalam kapal terbang
tersebut, bagaimanapun tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan
para netizen di China.

Selain menghamburkan kata-kata kesat kepada Leong, salah seorang pengguna 
laman sosial juga memaki hamun anak di dalam kandungan penyanyi itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pihak membela Fish dengan meminta mereka yang
memaki hamunnya supaya berfikir secara rasional dan tidak menyalahkan
penyanyi-penyanyi Malaysia di atas insiden ini.

Adakah Fish Leong juruterbang pesawat MH370? Adakah Leong bertanggung 
jawab merampas pesawat itu? Adakah Leong yang membuatkan pesawat itu
terhempas?Jika jawapan kepada semua soalan ini adalah Tidak, lebih baik
berdiam diri.Berhenti menjatuhkan air muka kita (People’s Republic of China). 
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.