Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sidang 
media sebentar tadi, mengumumkan bahawa siasatan kes kehilangan 
pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu kini memasuki fasa baru.
Hal ini susulan maklumat terbaru yang diterima Kerajaan Malaysia, termasuk 
waktu terakhir komunikasi pesawat dengan radar primari adalah pada 8.11 pagi, 
8 Mac lepas.

Justeru, usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) yang sebelum ini ditumpukan 
di sekitar Laut China Selatan akan ditamatkan manakala penyiasatan kini 
bakal dilakukan di dua blok iaitu Koridor Utara dan Koridor Selatan dengan 
pertambahan bilangan aset.

Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke sempadan Kazakhstan dan 
Turkmenistan manakala Koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia 
hingga Selatan Laut Hindi.Kenyataan Najib ini sekaligus menjelaskan 
mengapa ramai wakil kedutaan asing turut menghadiri sidang media 
hari ini.

Ia disebabkan Kerajaan Malaysia akan memberi taklimat khas kepada 
wakil kedutaan luar negara terlibat yang mungkin dapat membantu usaha 
terbaru pencarian pesawat MH370 yang kian misteri.

Turut diberikan penerangan, wakil negara yang mempunyai rakyatnya 
sebagai penumpang dalam penerbangan tersebut.Biarpun media sudah mula 
melaporkan bahawa berlaku rampasan pesawat MH370, Najib bagaimana pun 
memilih untuk menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia masih menyiasat punca
sebenar mengapa pesawat tersebut dilencongkan daripada destinasi asalnya.

Menerusi sidang media hari ini, Najib turut mengakui siasatan kini merangkumi 
aspek lebih menyeluruh termasuk memfokuskan kepada penumpang dan anak 
kapal MH370.Difahamkan, fasa baru siasatan ini sudah terlebih dahulu di-
maklumkan oleh MAS kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat 
yang terlibat, pagi tadi.MYNEWSHUB
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.