Mahkamah di Sweden mendapati pasangan Malaysia yang dituduh kerana memu-
kul anak mereka dengan kayu dan penyangkut baju sebagai bersalah serta dipen-
jara atas kerana `keganasan berulang'.

Hukuman ke atas pasangan berkenaan yang ditahan reman sejak Disember lalu
dibacakan di mahkamah daerah di Solna, Stockholm. 

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Shalwati Nurshal, dihukum penjara 14
bulan manakala 10 bulan buat bapa mereka, Azizul Raheem Awalludin. 

“Walaupun keganasan ke atas kenak-kanak berkenaan didapati tidak mudarat, 
 kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah mengikut tahap serius perbuatan
 mereka, termasuk perlakuan berulang,” kata Hakim Mattias Möller.

Mahkamah mendapati Shalwati melakukan perbuatan yang melanggar integriti
anak perempuan dan anak lelaki selain serangan terhadap dua anak lelaki lain.

Azizul turut dihukum kerana melanggar keganasan yang melanggar integriti anak
 lelaki dan serangan terhadap anak perempuan dan anak lelaki keduanya. 

Bagaimanapun, Azizul terlepas daripada sabitan ke atas anak lelaki bongsunya
Kedua-dua pasangan itu juga diarah untuk membayar ganti rugi ke atas kese-
mua anak mereka. 

Mahkamah turut mendedahkan perbuatan pasangan berkenaan menggunakan 
tangan. Selain itu, rotan dan penyangkut baju turut digunakan. 

Kenyataan yang dikeluarkan mahkamah daerah Solna turut menyatakan bahawa 
pasangan itu menetap di Sweden sejak 2010. 

Mahkamah itu menjelaskan bahawa hukuman berkenaan hanya untuk perlakuan
jenayah yang dilakukan di Sweden. Kesemua empat anak pasangan berkenaan
mengemukakan bukti dan mengakui secara lisan berlakunya keganasan berulang. 
The Local Sweden
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.