KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin
diselar di jaringan media sosial Twitter kerana tuitnya yang dilihat
memperolok-olokkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan
Boeing 777 – MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Nizar berkata kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat itu beberapa jam
selepas terputus hubungan sejak pukul 2.40 pagi Sabtu menunjukkan
“Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam.
Peralatan sofistikated yang lengkaptidak ada guna.”
Tuitnya itu adalah sebagai reaksi kepada tuit penyampai berita CNN, Piers
Morgan yang menyuarakan kehairanannya bagaimana sebuah pesawat
besar yang berteknologi tinggi boleh “hilang” begitu saja.
Kenyataan Nizar kemudiannya mendapat reaksi negatif
daripada beberapa orang yang membalas tuitnya itu.