“Kepala mangsa hampir putus selepas tersangkut pada wayar elektrik dan darah
memancut tanpa henti,” kata V Nagen, 31, saksi kemalangan ngeri meragut
nyawa seorang penunggang motosikal di Kilometer 22, Jalan Gelang Patah-Pendas, semalam.
nyawa seorang penunggang motosikal di Kilometer 22, Jalan Gelang Patah-Pendas, semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, M Ganesan, 24, menunggang
motosikal Yamaha LC 135 yang dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di
Singapura, maut di lokasi apabila urat lehernya terputus selepas kepalanya
tersangkut pada wayar elektrik yang merentangi jalan berkenaan.

Pembonceng motosikal yang juga rakan mangsa, L Subramaniam, 25,cedera
ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Nagen berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di
Singapura kerumahnya di Skudai.“Saya menggunakan laluan itu untuk pulang dan terkejut melihat kejadian yang berlaku didepan mata.