Alor Setar - Nelayan Kuala Kedah menggunakan teknologi sonar pada bot
mereka bagi membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 yang dilaporkan hilang sejak empat hari lepas.
Timbalan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kuala Kedah Mohd Sam
Timbalan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kuala Kedah Mohd Sam
Mohd Zuki berkata teknologi tersebut digunakan untuk mengesan ikan
dan boleh digunakan untuk mengesan sebarang objek yang berada dalam
laut.
Katanya pihaknya meminta lebih 30 bot nelayan zon C dan C2 yang me-
Katanya pihaknya meminta lebih 30 bot nelayan zon C dan C2 yang me-
nangkap ikan di kawasan Selat Melaka di sepanjang perairan negeri ini dan
Perlis membantu mencari pesawat itu.
"Alat ini (sonar) boleh kesan hingga ke dasar laut dan turut berupaya mengesan
"Alat ini (sonar) boleh kesan hingga ke dasar laut dan turut berupaya mengesan
haba atau tindak balas haba daripada pesawat itu. Selain sonar kita juga meng-
gunakan sistem kedudukan sejagat atau GPS (Global Positioning System),"
katanya kepada pemberita di jeti pendaratan ikan.
Katanya nelayan mempunyai alat perhubungan seperti walkie talkie bagi
Katanya nelayan mempunyai alat perhubungan seperti walkie talkie bagi
memudahkan untuk berhubung terus dari kawasan tengah laut dengan
mereka yang berada di tanah besar.
"Kalau ada maklumat kita akan berhubung dengan nelayan atau tauke bot
"Kalau ada maklumat kita akan berhubung dengan nelayan atau tauke bot
yang ada di darat dan mereka boleh terus berhubung denga pihak berkuasa
sekiranya mempunyai maklumat berkaitan dengan pesawat yang hilang,"
katanya.sumber