KUALA LUMPUR – Pasukan khas dari China yang terdiri daripada para 
pegawai berkedudukan tinggi, tiba di sini semalam bagi membantu usaha 
mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang hilang sejak Sabtu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 
berkata pasukan yang dianggotai wakil parti politik dan menteri-menteri 
berkaitan akan membantu dalam tiga aspek iaitu mencari pesawat, mem-
bantu dalam siasatan dua individu yang dikesan menggunakan pasport 
palsu sebagai penumpang dan membantu keluarga penumpang pesawat 
itu dari China.

Keluarga penumpang dari China yang akan dibantu ada yang telah tiba di sini 
lebih awal, kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen selepas majlis 
perasmian pembukaan penggal kedua Parlimen Ke-13 hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu maklum balas hasil per-
bincangan dengan pihak-pihak terlibat seperti Polis dan Jabatan Imigresen 
untuk melihat keperluan meningkatkan lagi protokol keselamatan di Lapangan 
Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

“Ia melibatkan agensi lain juga, cuma saya belum sempat bercakap dengan 
(Menteri Dalam Negeri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, ketua polis 
negara juga bersama kami dengan Jabatan Imigresen,” kata Hishammuddin, 
yangjuga Menteri Pertahanan.

Beliau berkata perbincangan dengan agensi perisikan antarabangsa juga akan 
dijalankan mengenai hal itu.Hishammuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak
menyembunyikan sebarang fakta daripada orang ramai mengenai apa sahaja 
perkembangan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370.

“Jadi sesiapa yang bertanggungjawab dalam kenyataan akhbar akan 
maklumkan pada masa yang sesuai dan kalau ada soalan-soalan 
yang berkisar kepada fakta, tidak ada perkara yang kita (kerajaan) 
tidak akan maklumkan kepada orang ramai, maksudnya tiada apa yang 
disembunyikan pun,” katanya.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang (termasuk dua bayi) 
dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan terputus hubungan 
pada pagi Sabtu, kira-kira sejam selepas berlepas dari KLIA di Sepang. Ia 
sepatutnya dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. – BERNAMA
                                                                               sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.