Satu lagi spekulasi baru telah muncul namun kini datangnya dari negara 
seberang Indonesia. Walaubagaimanapun, spekulasi ini tidak harusditerima 
dan dijadikan petunjuk konkrit kerana ia datangnya dari seorang bomoh 
Indonesia!

Bomoh wanita yang berasal dari Sumatera Utara , bernama Ani (48),kononnya 
menjelajah secara ghaib mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 
terhempas di kawasan paya di sebuah lembah di Vietnam.

"Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dalam penerbangan itu
sepertinya berada di satu lembah dengan hutan yang amat lebat ," Kata Ani 
yang ditemui di Medan oleh pemberita Portal Indonesia, Antara , Khamis 
(13/3/2014) .

Tambahnya lagi, kawasan itu kini "dikuasai" makhluk-makhluk ghaib.Namun, 
Ani turut mendakwa kedudukannya akan diketahui dalam beberapa hari lagi.

Ani juga mengatakan orang biasa pasti sukar menerima perkara ghaib yang 
diceritakannya."Saya lihat lokasi pesawat MH370 bukan di Laut Cina Selatan 
mahupun diperairan Selat Melaka, tapi di suatu lembah paya".Ujar Ani bersama
suaminya, Upit yang kini tinggal di Jalan Pancasila Tembung Permatang
Kuching, Kabupaten Deliserdang , Sumatera Utar. - Sumber: Okezone.com

Kita baru sahaja dipersendakan dunia dengan kehadiran sekumpulan bomoh
yang melakukan ritual di KLIA. Walaupun dengan bantuan teropong dan 
tikar terbang, sehingga ke saat ini, tiada satupun perkhabaran pesawat MH370 
yang ditemukan oleh kumpulan itu.

Sekurang-kurangnya, bomoh Indonesia sudahpun mendakwa berjaya
menemui lokasi pesawat tersebut!Apapun, sebagai umat Islam, kita perlu 
menolak perkara Khurafat danTahyulyang bertentangan dengan syarak. Tidak-
kira lah bomoh darinegara mana sekalipun.-sumber

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.