Linda Rafar Masih Tertanya-Tanya Penyakit Anak

Labels:
By: Unknown →

 Kuala Lumpur - Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui
 penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di
 Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras sejak 
 tiga minggu lalu.

Dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan
pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 
12 tahun.

Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan 
Keifli Othman.

Semangat anak lelakinya melawan penyakit  turut menjadi kekuatan kepadanya
dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh.

Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi
kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya
dan selesa dengan penampilannya itu.

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.