Keluarga, sahabat juruterbang MH370 nafi laporan Daily Mail

Labels:
By: Unknown →

Akhbar Daily Mail diselar oleh ahli keluarga dan sahabat Kapten Zaharie Ahmad
Shah malam tadi berhubung laporan akhbar tabloid Britain itu juruterbang 
MH370mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang 
pada 8 Mac.

Juruterbang Malaysia Airlines itu disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia selepas
pesawat membawa 239 penumpang hilang tetapi Biro Siasatan Persekutuan
(FBI)Amerika Syarikat (AS) mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan
dengan kehilangan pesawat itu selepas tidak menemui apa-apa yang pelik 
terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.

Akhbar tabloid Britain itu sebelum ini melaporkan Kapten Zaharie yang bekerja
dengan Malaysia Airlines selama 33 tahun dan pernah menerbangkan pesawat
selama lebih 18,000 jam mempunyai masalah peribadi dan merupakan 
penyokong fanatik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai
 membuat cerita dan skrip yang tidak benar.

“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan
 maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya
 malam tadi.

Akhbar tabloid itu versi Ahad, The Mail melaporkan semalam, isteri Kapten 
Zaharie Faizah Khanum Mustafa Khan dikatakan memberitahu penyiasat 
suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur
mereka.

Sudah lebih tiga minggu sejak pesawat MH370 hilang dengan 239 penumpang
termasuk 12 anak kapal, dan penyiasat di Malaysia mengesyaki pesawat mungkin
 melencong daripada laluan asalnya dengan sengaja.

Pesawat dipercayai terbang beratus batu melepasi selatan Lautan Hindi dan
kehabisan minyak sebelum terhempas ke dalam lautan.

Masih belum ada bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui setakat ini.

Tabloid tersebut mendakwa mereka bercakap dengan isteri dan anak perempuan
kepada juruterbang berusia 53 tahun itu dan kedua-duanya mengatakan beliau 
terganggu dan menyepikan diri beberapa minggu sebelum pesawat hilang.

Tetapi satu emel yang dihantar kepada The Malaysian Insider menafikan ahli
 keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.

Selain daripada anak lelaki Kapten Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya 
yang pernah bercakap kepada media.

Menurut akhbar Britain itu, tiada nota bunuh diri ditinggalkan dan motif ditemui,
tetapi polis akan terus menyiasat latar belakang juruterbang itu dan apakah 
keadaan mentalnya sebelum penerbangan menjadi faktor.

Menurut The Mail pada Ahad, soal siasat polis dengan ahli keluarga mengesah
kan juruterbang yang tinggal dengan keluarganya di kawasan perumahan mewah
itu tidak mempunyai masalah kewangan. sumber
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.