Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk
merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan 
pesawat yang hilang itu, lapor Media India.

Operasi SAR memasuki hari kelima hari ini.Lebih 40 kapal dan 26 
pesawat dari pelbagai negara menyertai operasi SAR selepas pesawat itu 
hilang secara misteri daripada radar pada 8 Mac.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk lima 
warganegara India dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan 
dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi  
Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama, 
12 Mac, 2014.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.