HARI ini satu agensi berita Australia mendedahkan laporan dan gambar
juruterbang pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) membawa beberapa
orang pelancong wanita bermesra dan masuk ke ruang kokpit sewaktu
penerbangan.Perkara itu, menurut berita berkenaan, terjadi sebelum
peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada awal pagi Sabtu lepas.
Pelancong terlibat turut mendakwa juruterbang tersebut menghisap rokok
sewaktu penerbangan.Ketika ini berita dan gambar berkenaan dengan insiden
itu menjadi ‘viral’ dalam media sosial.Kita harap ia insiden terpencil dan
bukan melibatkan sikap juruterbang MAS secara keseluruhannya.
Apapun, MAS tak boleh ambil mudah kerana ini hanya akan menjejaskan
imejnya dan paling penting, melanggar peraturan penerbangan!