Dalam kesibukkan mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, seorang juruter-
bang Tentera Udara Diraja Australia yang terlibat dalam operasi pencarian men-jadi sensasi internet apabila pemerhati online memuji penampilannya yang kacak
Leftenan Penerbangan Russel Adams ditemubual oleh stesen televisyen 
Australia tentang peranannya dalam pencarian kapal terbang yang hilang 
itu tetapi komen online lebih banyak memuji kekacakan beliau.
Antara komen yang diberikan:

Bukan niat melencong dari topik kehilangan MH370, tetapi Leftenan Russell 
Adams seorang yang hot. Di negara lain dia pasti menjadi seorang model. 
Di Australia dia jadi juruterbang saja.

Adams ialah salah seorang anggota tentera yang terlibat selepas Perancis 
mengemukakan data satelit terbaru semalam yang menunjukkan objek yang 
berkemungkinan merupakan serpihan jet MAS yang hilang, sewaktu mereka 
yang terlibat meneruskan usaha untuk mencari di kawasan Lautan Hindi yang 
paling terpencil.

Mereka sedang mencari satu pelet kayu yang besar kemungkinan ialah petunjuk 
penting yang akan merungkaikan kehilangan yang dianggap antara misteri pener-bangan yang terbesar di dunia.

Berikut adalah gambar juruterbang kacak Australia:



    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.