Susulan kontroversi yang didakwa merampas suami orang, aktres Hanez Suraya
mengakui tidak takut pada balasan ataupun “karma” kerana percaya dia berada
dipihak yang benar dan ikhlas dalam perhubungannya dengan Mr. R.
“Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas
terhadap kita,mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma
kerana saya berada di pihak yang benar.
“Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan
itu dengan baik,kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan
itu,” jelas Hanez.
Sementara itu, kekasihnya Mr. R memberitahu biarpun kontroversi ini berlaku ia
tidak sedikitpun membuatkannya untuk mengubah fikiran daripada mengahwini
Hanez Suraya.
BACA: “Hanez Langsung Tidak Bersalah Dalam Hal Ini” – Mr. R
“Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut men-
jelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).
“Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.
“Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan,” tuturnya.
BACA: Hanez Suraya Mahu Isteri Kekasih Mohon Maaf Secara Terbuka dalam
sidang media yang diadakan semalam, Hanez menuntut permohonan maaf secaraterbuka daripada isteri Mr. R iaitu Puan Liyana Manan kerana kononnya telah mencalarkan nama baiknya.