GEMPAR...NABIL BUDAK 12 TAHUN JADI PEMBUNUH UPAHAN

By: Unknown →
gambar hiasan

Menggemparkan-fakta tentang kanak-kanak 12 tahun menjadi pembunuh 
upahan telah ditangkap oleh polis Peru, Selasa (18/3/2014).

Polis mengatakan, Nabil Blanco Cerda adalah pembunuh upahan termuda 
yang pernah ditangkap di negeri itu. Nabil ditangkap bersama rakan-rakannya 
di Chinca, wilayah Ica.

Nabil dijangka menjadi anggota geng yang menembak sebuah cafe dan 
membunuh seorang anggota geng lawan dan dua oarang daripada geng 
lawan cedera. Dia juga membunuh seorang anggota polis ketika lari dari 
lokasi kejadian.

Hasil risikan anggota penyiasat Peru, akhirnya berjaya menangkap kumpulan 
geng tersebut pada (16/3/2014).

Polis mengatakan, Nabil dan rakannya yang berusia 16 tahun dan beberapa 
remaja  ditangkap oleh Edwin Lopez Gabriel, seorang pemimpin geng yang 
dikenal dengan sebutan "Loco Peluza".Kanak-kanak tersebut ditangakap dan 
diajar menjadi gengster. 

Polis  menjelaskan, Gabriel membentuk sebuah syarikat untuk mengaburi 
mata pihak berkuasa daripada mengetahui kegiatan kejahatannya. Dia kemudian 
menggunakan "pekerja syarikat " itu untuk menakut-nakutkan para pengusaha 
agar membayar wang perlindungan dan menyingkirkan pesaing perniagaan 
mereka.

Beroperasi di bawah syarikat pekerja bangunan, kumpulan ini berkeliaran di 
jalanan kota Chinca, menjual ubat terlarang(dadah), dan melakukan ugutan.

"Selama berbulan-bulan Gabriel menutupi kejahatannya dengan berpura-pura 
menjadi pemimpin syarikat," kata salah seorang anggota polis.

Operasi pada hari Minggu itu, polis Berjaya menangkap 16 orang anggota geng
Gabriel. Namun, apa yang mengejutkan pihak polis adalah kumpulan geng itu 
dipimpin oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Kanak-kanak itu juga 
bertindak sebagai tukang ugut ketika geng kejahatan ini meminta wang 
daripada orang awam.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.