SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang
 MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak
 MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi 
 tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara 
berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah 
bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggota keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram
 namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai
MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan
kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam 
untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR
yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa
keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke
suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan. - SH.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.