Sumber dalaman pasukan penyiasat China dalam kes kehilangan misteri MH370 memberitahu
Mynewshub, pasukan itu turut memfokuskan penyiasatan mereka terhadap juruterbang 
pesawat berkenaan, Kapten Zaharie Ahmad Shah.Fokus itu berikutan tindakan juruterbang 
berkenaan membina alat simulasi penerbangan sendiri di rumahnya.

“Apakah tujuan seorang kapten kapal yang sudah berpuluh tahun berkhidmat dan memiliki 
18,000 jam lebih masa penerbangan mencipta alat simulasi sendiri di rumahnya?“Apakah 
dia tidak puas lagi menaik dan menurunkan kapal terbang atau dia sedang berlatih untuk 
mendaratkan kapal di kawasan luar landasan sebenar, semua aspek itu perlu diambil 
kira” kata sumber itu dalam perbualan melalui telefon.

Sebelum ini, data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, 
Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China 
Selatan.Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai 
kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan 
untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan 
di kawasan perairan itu.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan 
mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.Lebih menimbulkan 
misteri ialah tiada sebarang panggilan kecemasan yang dibuat kapten kapal berkenaan dan
masuk hari ke-4, belum ada satu serpihan kecil pun yang ditemui.

Sehingga kini, segala bukti memperlihatkan kapal terbang berkenaan memang tidak 
meletup di udara.Manakala dakwaan seorang nelayan tempatan yang melihat sebuah 
kapal yang menepati deskripsi MH370 terbang rendah pada malam kejadian turut 
menimbulkan spekulasi apakah ia cuba mengelak dari dikesan oleh radar.

Laporan ahli keluarga warga China dikatakan berjaya menghubungi telefon bimbit 
milik abangnya yang dikatakan berada di atas MH370 menambahkan lagi misteri 
dan menarik minat pasukan penyiasat China.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan 
mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.Lebih 
menimbulkan misteri ialah tiada sebarang panggilan kecemasan yang dibuat 
kapten kapal berkenaan dan masuk hari ke-4, belum ada satu serpihan kecil pun 
yang ditemui.

Sehingga kini, segala bukti memperlihatkan kapal terbang berkenaan memang tidak 
meletup di udara.Manakala dakwaan seorang nelayan tempatan yang melihat sebuah 
kapal yang menepati deskripsi MH370 terbang rendah pada malam kejadian turut 
menimbulkan spekulasi apakah ia cuba mengelak dari dikesan oleh radar.
Laporan ahli keluarga warga China dikatakan berjaya menghubungi telefon bimbit 
milik abangnya yang dikatakan berada di atas MH370 menambahkan lagi misteri 
dan menarik minat pasukan penyiasat China.

Telefon berkenaan yang dikatakan berdering kemudian seperti dijawab namun kemudian 
terus terputus tanpa ada kedengaran apa-apa suara.Ahli keluarga berkenaan dikatakan 
telah memaklumkan mengenai perkembangan itu di dalam laman web MAS dalam 
satu ruang perbincangan dan siasatan berkenaan perkara itu dijalankan oleh syarikat 
penerbangan terbabit.

“Banyak perkara yang menimbulkan keraguan, sebab itu pasukan penyiasat China telah 
meminta semua maklumat berkaitan kapten kapal tersebut daripada kerajaan 
Malaysia,” katanya.Sumber itu bagaimanapun menegaskan, siasatan itu adalah rutin 
yang perlu dilakukan dan pihak itu bukan melamparkan tuduhan ke atas kapten ber-
kenaan.“Aspek ini perlu dipertimbangkan, memandangkan begitu banyak misteri 
yang menyelubungi kehilangan kapal berkenaan,” katanya.Pesawat MH370 ber-
lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 
12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 
6.30 pagi hari yang sama.

Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara 
di Subang pada pukul 2.40 pagi.Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan 
komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 
53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh 
pengendali pesawat kepada menara kawalan.Perhubungan terputus selepas 
komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 
kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu 
sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.
                                                         sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.