Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar 
serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi 
pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat 
pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di 
permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai 
Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik 
pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.Pegawai kanan Pentadbiran 
Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di 
kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.
Gambar serpihan oleh penumpang China yang dimuatnaik laman Weibo

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan 
mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan 
masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata 
Li seperti yang dilaporkan oleh China News.“Ia juga masih belum jelas pada 
ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,”
tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar 
serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi 
pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat 
pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di 
permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.Semalam, 
pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di 
kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan 
sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih 
dijalankan.Sumber Astroawani
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.