TERNYATA isu ‘bomoh VIP’, Ibrahim Mat Zain berlarutan sehingga ke sidang
Dewan Rakyat, hari ini.Ia bermula apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mengenali Ibrahim seperti
yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Ketua Penerangan PAS itu dilihat cuba menyindir Zahid semasa sesi soalan
lisan dengan berkata, kena berhati-hati bercakap dengan Zahid kerana
statusnya sebagaikhalifah silat dan ‘takut kena tampar macam buaya’.Sebelum
ini, Ibrahimpernahberkata dia mengenali Naib PresidenUMNO itu sebagai
guru silat beliau.
Bagaimanapun, sindiran itu dibalas semula dengan sindiran oleh Zahid yang
mengatakan dua pengikut Ibrahim yang mendayung dan memegang kelapa
itu berasal dari Pokok Sena.
“Saya tidak kenal langsung orang itu, dia memang kenal saya macam saya
kenalPokok Sena, tetapi salah seorang yang dayung dan pegang kelapa itu
daripada PokokSena, boleh semak tentang itu, saya khuatir guru dia
adalah Ahli Parlimen Pokok Sena(Mahfuz).
“Bila saya kata saya tidak kenal, maka saya memang tidak kenal, sebagai ahli
politik, musuh yang di luar kita tak nampak,” tegasnya.Sumber asal:bnbcmy