Pesawat MH370: Gambar dan berita langsung operasi SAR pesawat MAS
MH370 atau Malaysia Airlines Flight 370 yang masih menimbulkan tanda
tanya dan berita terbaik pagi ini ialah penemuan oleh satelit Cina 3 objek
ditengah lautan.manakala tekanan makin memuncak kerana risiko ianya
Pesawat MH370 terhempas namun harapan masih ada diharap doa dari
semua berterusan dan mengurangkan kritikan.
Pesawat MH370: HISHAMMUDDIN (tengah) menjawab soalan wartawan
pada sidang media di Sepang semalam. Turut kelihatan ialah Zulkifeli
(kiri) dan Azharuddin.
SEPANG – Hari ini genap enam hari pasukan menyelamat yang meli-
batkan 12 buah negara menyertai operasi mencari pesawat Penerbangan
Malaysia MH370 yang hilang pada Sabtu lalu namun belum ada tanda-
tanda pesawat itu akan ditemui.
Pesawat MH370: Operasi pencarian yang turut melibatkan Jepun,
Brunei, India dan Amerika Syarikat serta membabitkan 42 buah kapal
dan 39 pesawat kini meliputi 27,000 batu nautika iaitu 12,425 di Selat
Melaka manakala 14,440 di Laut China Selatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
walaupun pencarian itu belum ada perkembangan namun pihak berkuasa
memberi jaminan tidak akan menghentikan operasi selagi pesawat tersebut
tidak ditemui.
“Pihak berkuasa berjanji kepada setiap ahli keluarga penumpang
Pesawat MH370 yang kita tidak akan mengurangkan momentum dan
usaha untuk mencari pesawat tersebut,” kata beliau pada sidang akhbar
di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini semalam.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin,
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Rodzali Daud, Ketua
Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul
Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad
Jauhari Yahya.
Pihak berkuasa, katanya, masih tetap pada fokus utama mencari Pesawat
MH370 iaitu berusaha mencari pesawat dan kotak hitam bagi merungkai
segala persoalan serta isu yang timbul sejak kehilangan kapal terbang
Tersebut.sumber: Astroawani