Bebas Kerana Terlau Besar

Labels:
By: Unknown →
Devon (England): Seorang penjenayah setinggi dua meter dibebaskan dari 
tahanan selepas hakim menyatakan katil dan pakaian seragam penjara terlalu 
kecil untuknya.Jude Medcalf, 23, dari Newton Abbot melakukan jenayah 
selepas dia disahkan menghidap sindrom Klinefelter.

Penyakit itu mengganggu sistem tumbesarannya, menyebabkan dia terus me-
mbesar. Dalam satu kejadian terbaru, dia menakutkan seorang wanita dengan
melepaskan tembakan menggunakan pistol tiruan melalui sebuah tingkap 
sebelum melarikan hadiah Krismas bernilai £30 (RM163) dan sejumlah wang 
daripada pejabat Perk-hidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS),
lapor mahkamah Exeter Crown.


Mahkamah diberitahu yang Medcalf kemudiannya ditemui dengan makanan
 yang dicuri dari kelab The Sloop ketika kakitangannya leka.

Dia dibebaskan dari penjara selepas mahkamah mendapati dia sudah 75 hari
ditahan.

Ketika dalam tahanan, dia berdepan masalah untuk menyesuaikan diri kerana
tiada katil atau pakaian penjara yang muat dengannya.

Medcalf yang turut menghidap masalah kecelaruan kromosom hingga menye-
babkan dia bersikap keanak-anakan dikenakan hukuman enam bulan tahanan 
rumah dan 12 bulan khidmat komuniti.

Pendakwa raya, Brian Fitzherbert memberitahu mahkamah Medcalf menembak
teman wanitanya selepas mendapati wanita itu menghubungi polis kerana dia 
menyerang kereta rakannya di Torquay.

Tembakan itu bagaimanapun terkena cermin tingkap. 

“Wanita itu ketakutan. Dia tidak mengetahui pistol yang digunakan tiruan,” kata Brian.

Medcalf mengaku bersalah memiliki pistol tiruan dan melakukan jenayah dengan
 senjata itu ketika dia mula dibicarakan. - AFP-Mymetro

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.