PUTRAJAYA – Abang kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines
penerbangan MH370 enggan pulang ke kampung selagi tidak mendapat bukti
mengenai kehilangan pesawat itu.

Chng Khai Ling, 37 berkata bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapanya 
walaupun maklumat terkini mengatakan penerbangan pesawat berkenaan telah 
berakhir diLautan Hindi.

“Apalah yang boleh dikatakan kepada ibu bapa di kampung selagi tiada bukti,
 takkan saya mahu pulang dengan tangan kosong”, kata Khai Ling ketika ditemui
 pemberita di sini hari ini.

Adiknya, Mei Ling seorang jurutera adalah antara 227 penumpang termasuk 12 
krew yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang 
hilang sejak 8 Mac lepas.

“Sejurus pengumuman, ibu menangis, ia buat kami sekeluarga sedih, sehingga 
 kini kami masih tidak percaya. Namun kalau jumpa bukti, kami boleh menerim-
 anya dan buat masa ini kami masih menaruh harapan,” katanya.

Penerbangan MH370 hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas berlepas 
dari LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah
malam 8 Mac lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata pada kebiasaannya adiknya yang merupakan anak ketiga itu akan
pulang ke rumah keluarga mereka di Sungai Petani, Kedah tetapi kali ini tidak
sempat untuk berbuat demikian.

“Kami adik beradik sangat rapat dan berharap bukti dapat ditemui segera dan 
 bersedia untuk ke Australia jika bukti telah ditemui,” kata abang sulung kepada 
 lima beradik itu. – BERNAMA
    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.