Gambar ahli keluarga mangsa sedih di eskalator PWTC berikutan pengesahan PM 
Najib ia hilang terhempas di Lautan Hindi. Ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan rancangan sedang 
diatur bagi menerbangkan mereka dengan pesawat khas ke Australia.

Ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diter-bangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH
370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Sementara itu, pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh MAS kepada keluarga 
terlibat memberitahu bahawa tiada penumpang yang terselamat.“Dengan penuh 
rasa kesal, Malaysia Airlines percaya bahawa tidak syak lagi MH370 telah hilang 
dan tiada yang terselamat.”
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.