Gambar pesawat MAS disyaki terhempas,Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah terputus komunikasi dengan menara
kawalan trafik udara di Malaysia pada awal pagi Sabtu lalu dan menyebabkan
gerakan mencari dan menyelamat besar-besar telah dilakukan melibatkan
pelbagai negara.
1. Siapa yang berada di dalam penerbangan MH370?
Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat
Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia.Daripada
kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripada-nya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur.
Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.
2. Bilakah kali terakhir pesawat itu dikesan?
Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam
0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.
3. Di mana pesawat ini menghilang?
Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca
Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara
Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.Tiada isyarat
kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba
berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
4. Di mana misi mencari dilakukan?
Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China
Selatan.Kini diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan
juga sekitar Laut Andaman.
5. Wujud teori berkaitan kehilangan pesawat ini?
Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan
juruterbang dan juga kelayakan terbang.Keadaan cuaca ketika penerbangan ini
dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam
penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.
Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod
yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling
selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah
mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun
2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula.
Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu.
6. Adakah kemungkinan berlakunya serangan pengganas?
Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat
yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan
pengganas buat masa ini.
Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang
undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu pemedagangan manusia.Sebelum
ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu
dalam perjalanan ke Dubai telahmengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan
10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenal pasti.
7. Mampukah pesawat moden lenyap tanpa meninggalkan jejak?
Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan
Atlantik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang.
Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa
hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj
yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka
adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik.
Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan
untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer
jauhnya.Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun
pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan
mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang
lebih luas.
8. Dikatakan pesawat MH370 cuba berpatah balik ke KLIA sebelum
pergerakkannya hilang dari radar, adakah pesawat mengalami masalah?
Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)
dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan
pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus.
Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang