5 NAHAS PESAWAT YANG MASIH JADI MISTERI

By: Unknown →
Kehilangan pesawat MH370 diakui setakat hari ini, masih jadi satu misteri 
yang belum mampu diungkap termasuk oleh pakar penerbangan.Bagaimana-
pun berdasarkan sejarah, terdapat beberapa kes membabitkan nahas pesawat 
yang hingga kini masih mencetuskan tanda tanya.Di bawah adalah lima kes 
membabitkan kemalangan dan kehilangan pesawat yang belum terungkap se-
penuhnya hingga ke saat ini.Apa pun, didoakan pesawat MH370 tidak akan 
termasuk di dalam senarai ini dan bakal ditemui pada kadar Segera.

1) Amelia Earhart
Kes pesawat hilang yang paling popular melibatkan juruterbang wanita, Amelia 
Earhart pada 1937. Kali terakhir diketahui, Earhart menerbangkan pesawat 
bersama penunjuk arah, Kapten Fred Noonan dari Papua New Guinea ke Pulau 
Howland melalui Lautan Pasifik dalam usaha mencipta rekod mengelilingi glob. 
Selepas pencarian tidak menemukan sebarang hasil termasuk serpihan pesawat 
dua enjin yang diterbangkannya, Earhart diisytiharkan meninggal dunia dua 
tahun kemudian.

2) Air France 447
Sebelum benar-benar ditemui, beberapa serpihan yang dijumpai di lautan 
didakwa bukan milik Air France 447.Hanya enam hari selepas pesawat Air 
France penerbangan 447 dari Rio de Jeneiro ke Paris terhempas, barulah 
mayat dan serpihan pesawat ditemui terapung di lautan Atlantik. Manakala 
kotak hitam pesawat hanya dijumpai dua tahun kemudian pada kedalaman 
4,000 meter. Kesemua 228 penumpang maut dalam nahas disebabkan 
pesawat dipercayai kehilangan altitut apabila sistem autopilot tiba-tiba termati. 
Indikator kelajuan pesawat dilaporkan mengalami kerosakan ketika kejadian 
disebabkan cuaca terlalu sejuk namun sesetengah fakta masih dinafikan Air 
France.

3) EgyptAir 990
Kotak hitam yang ditemui banyak membantu proses penyiasatan kes Egypt
Air 990.Penerbangan dari Lapangan Terbang JFK New York ke Kaherah pada 
31 Oktober 1999 terhempas di Atlantik, membunuh kesemua 217 penumpang 
pesawat berkenaan. Pada mulanya Mesir meminta pihak Amerika menyiasat 
kes ini bagi pihak mereka namun mengubah fikiran apabila mendapati hasil 
siasatan menjurus kepada meletakkan kesalahan pada pembantu juruterbang 
yang dikatakan sengaja mensabotaj penerbangan tersebut kerana bengang
selepas ditegur atas kesalahan seksual oleh pihak penerbangan sebelumnya. 
Pihak penyiasat Mesir kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa 
pesawat tersebut terhempas kerana masalah teknikal.

4) Pesawat Air Dust
Antara peserta ekspedisi Andes yang menemui serpihan pesawat Air Dust 50 
tahun selepas ia terhempas.Pada Ogos 1947, pesawat British Avro Lancastrian 
yang dinamakan Star Dust dipercayai terhempas di pergunungan Andes 
Argentina ketika dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile 
namun pencarian bangkai pesawat menemui jalan buntu. Berdasarkan kod 
terakhir yang dipancarkan pesawat kepada lapangan terbang Santiago, ia 
diramal satu perbuatan sabotaj dan pelbagai spekulasi mula muncul termasuk 
pembabitan makhluk asing. Misteri sebenar hanya terlerai 50 tahun kemudian 
selepas sisa pesawat ditemui pendaki. Pakar menyatakan nahas ini mungkin 
disebabkan cuaca buruk, itu sahaja.

5) Segitiga Bermuda
Segitiga Bermuda kekal menjadi antara tempat dipercayai menyimpan misteri 
hingga ke hari ini. Banyak pesawat dan kapal dilaporkan hilang secara misteri 
sejak berdekad lalu apabila melalui kawasan ini yang terletak di antara 
Bermuda, Florida dan Puerto Rico. Dua pesawat British South American 
Airways dikatakan antara yang termasuk dalam senarai ini pada tahun 40an 
tetapi siasatan mendapati ia tiada kena mengena dengan ‘angker’ Segitiga Ber-
muda tetapi masalah teknikal dan kehabisan minyak.Sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.