Sharnaaz buat pemeriksaan otak

By: Unknown →

TERNYATA, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad,mempunyai cara yang tersendiri dalam menyindir 
sekali gus membuat lawak jenaka.

Malah, saranan daripada pelakon senior, Fauzi Nawawi, kepadanya agar 
mendapatkan rawatan 
kesihatan turut dipenuhi pelakon drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini.

Menerusi laman sosial miliknya, Sharnaaz turut memuat naik foto dirinya 
berserta hasil ujian 
imbasan pemeriksaan otak.

Selain itu, Sharnaaz juga tidak terlepas untuk menulis ayat-ayat 'pedas' 
yang lebih menjurus 
ke arah sindiran halus.

"Saya dah buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA 
(Magnetic Resonance 
Angiography). Scan otak pun dah.

"Di kawal rapi oleh Dr Sherrini dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia 
(PPUM).Saya lulus, 
otak saya sihat dan juga 'hensem' otak saya. hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? 
halussssss," katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz turut memberikan tempoh untuk pasangan 
pelakon berkenaan memohon 
maaf kepada ibunya, namun permintaan itu tidak diendahkan apabila Fauzi dan Lisdawati tidak 
berganjak daripada pendirian mereka.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut memberitahu bahawa dia akan 
bertindak menyaman pasangan 
berkenaan dengan kadar maksimum.-sumber sinar harian

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.