Rumah tangga pelakon Liza Abdullah yang terbina lebih daripada 26 tahun akhirnya menemui
titik noktah apabila disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,
sebentar tadi.
Memetik laporan sebuah portal berita, bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman,melafazkan cerai
di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamal udin sambil disaksikan oleh dua orang anak mereka
Zulhaffiz Zarriq dan Nurwafiez Syahiddah. Suasana pilu menyelubungi kamar perbicaraan
sepanjang prosiding berlangsung.
Untuk rekod, Liza telah memfailkan penceraian pada 8 Januari lalu selepas sudah beberapa tahun
tidak tinggal sebumbung selain mengalami konflik yang berpanjangan.-sinar harian