LUAR BIASA TANAH TUJUH WARNA

Labels:
By: Unknown →
Menghayati panorama dari atas bukit satu aktiviti yang menyeronokkan. Satu pemandangan yang 
sangat indah seperti berada di kawasan tinggi di Bukit Broga. Namun di Mauritius, terdapat sebuah 
bukit yang telah mengalami fenomena warna tanah.

 

Fenomena tanah 7 warna ini telah menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai. 

Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius 
terdapat tanah yang
mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi. Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki
persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan 
hitam.

Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu 
daripada gunung berapi 
yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.

Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar 
biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke Chamarel.

Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa 
yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.


Melihat kepada foto foto ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan.Tetapi percayalah kerana ia 
benar-benar berlaku.-SUMBER

    Share On:

Posted At:

ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.