Air Terjun Beku Yang Unik Dari Air Paip?

By: Unknown →

Tindakan seorang penghuni tingkat tujuh apartmen di wilayah Jilin,timur laut China membuka paip
air sebagai tanda protes berjaya menghasilkan air terjun beku menakjubkan di luar bangunan
itu.

Wen Hsu, 58, mengambil tindakan tersebut selepas apartmen itu akan dirobohkan untuk projek 
pembinaan kompleks membeli-belah baru di tapak terbabit.

Hsu menginap sejak 35 tahun lalu menegaskan, dia enggan berganjak kerana tidak ditawarkan 
pampasan mencukupi untuknya berpindah ke tempat lain.

Difahamkan, hanya warga emas itu yang berkeras untuk terus tinggal di situ manakala penghuni lain 
akur dengan arahan pemaju.

"Tujuan asal saya adalah untuk mengelakkan bekalan air terputus.Bagaimanapun, cuaca sejuk mem-
bekukan air tersebut," jelasnya yang dipetik menerusi laporan MailOnline.

Kewujudan air terjun beku itu turut menarik perhatian banyak pihak termasuk kerajaan tempatan yang 
menggesa pemaju supaya segera memenuhi tuntutannya.-Sinarharian

    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.