IBU SANGGUP BUNUH ANAK KANDUNG,KERENA DISANGKA GAY

By: Unknown →
gambar hiasan
Seorang ibu di Oregon , Amerika Syarikat , sanggup memukul anak lelakinya
yang baru berusia empat tahun hingga mati . Ibu kepada kanak-kanak 
malang tersebut kecewa dengan sikap anak lelakinya dan beranggapan
bahawa anaknya itu menderita homoseksual . 

Daily Mail melaporkan- si ibu yang bernama Jesicca dutro terbukti bersalah
di mahkamah atas kejahatan yang dilakukannya. Wanita 25 tahun ini memukul 
anak lelakinya bernama Zachary dutro - Boggess hingga mati.

 Zachary meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk pada perut
 kerana ususnya telah koyak . Pada masa itu dia dan ibunya tinggal di tempat 
 perlindungan orang-orang miskin di kawasan Portland .

Kanak-kanak tersebut didera dengan terukanya sedangkan esok adalah ulang
tahun anaknya Zachari. Kemurkaan dutro yang masih menjalani terapi pen-
gurusan kemarahan itu dicetuskan oleh komen kekasihnya , Brian Canady , 
di Facebook yang mengatakan budak itu akan menjadi gay . " Dia berjalan 
dan bercakap pun seperti gay”.

Kakak Zachary yang berusia tujuh tahun mengatakan bahawa ibunya dan 
Canady memukul Zachary sampai " hampir mati " .  

Dr Danny Leonhardt yang memeriksa mayat Zachary mengatakan bahawa kanak-kanak itu mengalami luka - luka yang biasa dilihatnya pada mangsa kemalangan 
kereta . 

Seluruh tubuh Zachary penuh lebam , menandakan bahawa Zachari telah dipukul
dalam tempoh yang lama. Selain Zachary , ibu kepada yang kejam itu juga me-
mukul anak lelakinya yang berusia 3 tahun hingga menyebabkan wajah anak
tersebut penuh dengan luka . Dalam pemeriksaan , lima tulang rusuk budak 
berusia 3 tahun tersebut telah patah . Canady mengaku bersalah terlibat dalam 
pembunuhan tersebut . Mereka berdua didakwa kerana melakukan penderaan
dan pembunuhan .
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.