Kuala Lumpur - Maklumat baharu berkaitan rekod radar dalam operasi 
mencari dan menyelamat penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS), 
yang masuk hari kelima, mungkin membantu pakar serta pihak berkuasa 
terbabit merungkai misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat itu.

Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori ber-
hubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan 
dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas.

Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan 
antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam 
Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum 
pesawat itu hilang.

Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri 
Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga 
Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan 
Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-
dua radar.

Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang 
terbang di ruang udara negara.

Radar militari pula, selain memaparkan plot yang mewakili sesebuah pesawat, 
turut merekod satu pergerakan yang kemudian hilang pada 2.15 pagi di kawasan 
200 batu barat laut Pulau Pinang.

"Memandangkan terdapat perbezaan maklumat antara kedua-dua radar, kami 
kini cuba menentukan sama ada penerbangan yang ditunjuk dalam radar ber-
kenaan ialah MH370," katanya.sumber: Berita Rtm
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.