Sungai Petani - Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing dalam 
Op Cantas Khas di Jalan Ladang Kuala Muda Sungai Petani-Baling, awal 
hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, tiga penjenayah berusia lingkungan 25 
hingga 30 tahun itu melepaskan tembakan ketika diminta menghentikan 
kenderaan mereka oleh anggota polis.

Katanya kumpulan penjenayah itu melepaskan tembakan dan anggota ber-
kenaan terpaksa mempertahankan diri dengan membalas tembakan itu 
menyebabkan tiga penjenayah itu terkena tembakan dan maut di tempat 
kejadian.

Dalam kejadian itu seorang anggota Op Cantas Khas terkena tembakan. 
Bagaimanapun anggota berkenaan terselamat kerana memakai baju kalis 
peluru. Anggota berkenaan kini menerima rawatan di Hospital Sultan 
Abdul Halim Sungai Petani.

Hasil siasatan mendapati kereta yang digunakan penjenayah itu iaitu jenis 
Proton Perdana dicuri di Pulau Pinang dan menemui menemui parang, 
sejumlah dadah dan sepucuk senjata api (pistol) dalam kenderaan Mayat 
tiga penjenayah berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim.
                                             sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.