Polis telah menemui keluarga kru pesawat MAS hilang – Malaysia 
Airlines untuk mencari petunjuk berhubung kehilangan pesawat MH370 
tersebut pada 8 Mac lalu.

“Polis sedang mencari apa-apa maklumat yang boleh membantu usaha 
mencarinya. Ia adalah untuk membantu siasatan, bukan untuk mengambil 
tindakan (terhadap ahli keluarga anak kapal MAS),” kata Menteri Dalam 
Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya sama ada ia bertujuan untuk mencari petunjuk tentang kemungkinan 
berlaku sabotaj, beliau berkata ia merupakan salah satu perkara yang disiasat 
oleh pihak polis.

“Ia adalah sebahagian daripada empat perkara yang dinyatakan oleh 
Ketua Polis Negara,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat 
kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan 
kru dan masalah peribadi penumpang dan anak kapal.

Penyataan Ahmad Zahid itu dibuat selepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah 
(CID) Datuk Hadi Ho Abdullah menafikan laporan Harian Metro yang 
memetiknya sebagai berkata bahawa rumah penumpang dan anak kapal 
MAS, digeledah.Sumber Malaysiakini
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.