Pesawat MH370 – Gambar Malaysian Insider Sukarelawan Majlis Belia 
Malaysia (MBM) merancang mengedarkan 500 kuntum bunga mawar setiap 
hari di semua lapangan terbang Malaysia sebagai tanda sokongan kepada 
keluarga kakitangan dan penumpang MH370.Naib presidennya, Low Eng Tack 
berkata, simbolik pemberian mawar itu bagi menyatakan harapan dan ke-
bersamaan MBM berhubung insiden itu, lapor Sinar Harian.

“Ini adalah cara kita menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa serta 
kakitangan yang terlibat.
“MBM juga berharap inisiatif dilakukan memberi perangsang serta semangat 
kepada pasukan mencari dan menyelamat untuk meneruskan misi sehingga 
pesawat ditemui,”katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen 
“Youth pray for MH370” di Anjung Tinjau Balai Berlepas Lapangan Terbang 
Kuala Lumpur.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa Kerja MBM Mohammad Rizan Hassan, aktiviti 
itu juga bertujuan menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak menjadikan media 
sosial sebagai medium menyebarkan maklumat tidak sahih. Malaysiakini BM
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.