Objek Berupa Rakit Bukan Dari #MH370 Tapi Boya

By: Unknown →
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 
5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di 
perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan 
MH 370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas terputus hubungan 
gagal dikesan menerusi radar.

Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar 
Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk 
lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta 
Disensasikan.

“Tindakan kumpulan nelayan terbabit menggembar-gemburkan 
penemuan bot pelampung berkenaan dibimbangi akan memberi 
kesan besar ke atas operasi mencari dan menyelamat pesawat 
MH370 terbabit.

“Sepatutnya kumpulan nelayan itu segera menarik bot pelampung 
terbabit ke darat dan tidak bertindak melulu sehingga berlakunya 
penyebaran gambar mengenai penemuan boya berkenaan,” 
katanya di sini, sebentar tadi memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak 
pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek 
lain jika kemungkinan pesawat berkenaan melalui perairan selat Melaka.

Sehubungan itu, Abu Bakar menasihatkan mana-mana individu atau pihak 
lain supaya berhati-hati atas sebarang penemuan mencurigakan di 
perairan kerana ianya turut membabitkan sensitiviti keluarga mangsa.

“Pihak kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya ada pihak cuba 
mensasikan penemuan objek di perairan pantai berkenaan yang dikenal-
pasti sebagai boya dan bukannya objek didakwa dari pesawat yang hilang,” 
katanya. – MYNEWSHUB.MY
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.