MH370:SIAPA PUNYA ANGKARA

By: Unknown →
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar 
khas beliau sebentar telah menzahirkan semua yang perlu, cuma tidak 
menyebut sahaja kapal MH370 telah dirampas.

Mungkin beliau tidak boleh menyebut demikian selagi belum ada pihak 
yang tampil membuat sebarang tuntutan.Kalau difikirkan lojik akal, tidak 
mungkin mana-mana juruterbang boleh tersasar begitu jauh dengan tidak 
sengaja.Siapa?

Sudah pasti kapal itu dilencong dengan niat dan rancangan yang teratur, 
cuma persoalannya apakah ia dilakukan oleh juruterbang atau ada pihak lain 
yang telah mengambil alih kapal terbang berkenaan.Apakah ia kerja seorang 
atau kerja secara berkumpulan?

Dakwaan sebuah kumpulan dari China sebagai bertanggungjawab terhadap 
kehilangan itu sudah lama ditolak semua pihak baik secara bulat-bulat. 
Justeru persoalan siapa yang terabit masih terbuka.

Untuk kapal Boeing 777 dilencongkan, ia memerlukan seorang yang 
benar-benar memiliki pengalaman penerbangan yang banyak.Kalau baru jadi 
juruterbang, mungkin ia tidak boleh dilarikan sebagaimana MH370 dilakukan 
yakni apabila hampir 8 hari ia hilang baru tindakan (hijacked) itu dapat disahkan.

Maknanya ia telah dilencongkan dengan begitu teliti sehingga pihak berkuasa 
terpaksa mengambil masa yang begitu lama untuk merumuskan secara tepat 
bahawa ia telah dirampas.Beberapa pihak sebelum ini menuding jadi kepada 
kapten kapal, Zaharie Ahmad Shah terutama setelah diketahui beliau memiliki 
simulator sendiri di rumahnya.

Sumber penyiasatan China menumpukan kepada kapten berkenaan kerana 
ingin mengetahui mengapa seorang kapten dengan 18,000 lebih masa 
penerbangan masih menggunakan simultor di Rumahnya.

Pasukan berkenaan mengesyaki kapten itu berlatih untuk menurunkan kapal 
di laluan luar daripada landasan biasa.Namun itu hanya rutin siasatan, 
kemungkinan besar beliau sendiri diugut dan menjadi mangsa tahanan kini.
Eksklusif: Pasukan Penyiasat China Tumpu Kepada Juruterbang)
Mengapa?

Satu lagi persoalan, untuk apa kapal terbang tersebut dilarikan?
Kalau dilihat kepada sejarah rampasan-rampasan kapal seluruh dunia, 
kerap kali motifnya sama ada berkaitan dengan tuntutan wang atau 
menghantar mesej politik.

Namun, semua itu selalunya dilakukan dalam beberapa jam sahaja 
selepas kapal dilarikan.Ini sudah masuk hari ke-8 dan masih belum 
kedengaran sebarang permintaan.

Justeru, misteri kehilangan MH370 masih jauh daripada selesai sebenarnya.
Cuma satu aspek misteri sahaja yang terjawab iaitu ia tidak terhempas di 
Laut China Selatan dan dilarikan tetapi begitu banyak persoalan lain masih 
bermain di kepala.Di Mana?

Apa pun, dengan kisah MH370 kini disahkan sebagai tidak terhempas di 
Laut China Selatan, maka kita mungkin boleh menarik nafas lega bahawa 
ada kemungkinan semua penumpang dan anak kapal tersebut masih hidup.

Cuma tidak diketahui di mana mereka berada. Apakah mereka berada di 
mana-mana pulau terpencil di Lautan Hindi ketika ini?Apa pun, pastinya 
wujud sedikit sinar harapan kepada para keluarga dan rakan mangsa
(MYNEWSHUB)
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.