KUALA LUMPUR: Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan 
Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian 
kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.   

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang 
merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman ber-
dasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada 
Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya 
sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan 
dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat 
Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh 
seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa 
pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman 
yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut 
Andaman dan Teluk Bengal.


“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan dengan
longitude dan latitudeyang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada 
waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai 
mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat 
tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi 
ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk 
bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan 
tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal di-
hubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa ter-
dapat kemungkinan terdapat unsur‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 
777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai 
berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan 
terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi 
penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga 
kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari 
dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah 
Laut Andaman dan Lautan Hindi.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.