PETALING JAYA – Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, yang 
telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada dua lelaki yang 
menaiki pesawat MH370 dengan pasport dicuri kali terakhir menulis 
di Facebooknya yang dia ‘berasa teruja’.

Pouria bersama-sama dengan Delavar Syed Mohammad Reza, 29, 
(seorang lagi lelaki yang dikenal pasti menggunakan pasport curi) 
dipercayai menuju ke Eropah untuk memulakan hidup baru di sana.
Pouria telah menaiki penerbangan MH370 untuk Beijing pada Sabtu dan 
merancang untuk perjalanan ke Frankfurt, Jerman, dari sana, tempat di 
mana ibunya tinggal, tetapi pesawat berkenaan hilang satu jam selepas 
berlepas dari Kuala Lumpur.

Interpol baru-baru ini mengeluarkan imej Pouria dan Delavar sebagai 
individu yang melakukan perjalanan dengan pasport curi.Seorang 
pegawai Interpol berkata lelaki terbabit datang ke Malaysia dengan 
pasport Iran dan hanya bertukar menggunakan pasport yang dicuri 
untuk perjalanan pertama kali mereka ke Eropah.

Semua kemungkinan bahawa individu-individu ini mempunyai kaitan 
dengan keganasan telah ditolak.Menurut ‘Time’, remaja itu tahu dia 
mengambil risiko apabila meninggalkan Iran dan meminta rakan-
rakan mendoakan keselamatannya.

‘Timeline’ di Facebooknya menunjukkan bahawa dia tiba di KL pada 
28 Februari dan berasa teruja.Menurut news.com , pada 24 Februari 
dia mencatatkan mesej samar mendedahkan dia telah merancang 
untuk menyahaktifkan akaunnya dan kemudian mendedahkan dia 
tidak merancang untuk kembali ke Iran.

Ada yang tidak sedar bahawa dia telah telah pun meninggalkan Iran 
sehingga dia menyiarkan gambar-gambar dirinya di Kuala Lumpur 
dan telah menulis “Terima kasih kepada semua yang berdoa untuk 
saya, saya selamat.”

Berikutan kejadian MH370, terdapat 137 mesej yang ditinggalkan 
di ruangan komen, mendokan keselamatan dan memintanya untuk 
pulang ke rumah.Seorang pengguna Facebook, Lau Crypto berkata 
‘HELLO saya tidak kenal awak, tetapi saya tahu ia memerlukan 
keberanian tinggi untuk keluar dari Iran dan membina kehidupan 
di tempat lain, saya berharap pesawat anda selamat di mana-mana 
tempat dan anda boleh menjalani kehidupan yang bagaimana anda 
mahu, jaga-diri, mendoakan anda dan semua yang lain selamat!

Navaz Karimian Pour, dipercayai ibunya mencatatkan ‘Kembalilah 
ke rumah dengan selamat. Ibu anda sedang menunggu anda’ 
manakala Wendy Bligh berkata ‘Sebagai seorang ibu pemikiran 
dan doa saya bersama dengan anda. Semoga anda, penumpang dan 
anak kapal lain dalam penerbangan Malaysia 370 ditemui selamat, 
daripada saya di Australia.’ – Mstar.com.my
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.