SEPANG – Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar 
dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.Penolong Ketua 
Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat 
PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar 
itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan T
erbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua 
gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua 
Tercabut.

“Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan 
gambar suspek pertama,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.Asmawati 
mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai 
gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar 
dan kaki yang sama.

“Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-
dua lelaki itu jelas kelihatan,” katanya.Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan 
Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah 
seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.

Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan 
dengan pengganas.Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol 
mengenal pasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad 
Erza, 29.sumber
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.