Sepang - Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang 
Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad 
Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal 
mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 
Feb lepas.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight 
simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai 
perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di sini.

Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri 
Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari 
Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk 
Azharuddin Abdul Rahman.

Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam 
untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi 
penunjuk bagi mencari pesawat itu.

Khalid juga berkata data yang dipadam itu akan diperoleh semula melalui 
kaedah forensik dengan melibatkan pakar dari CyberSecurity Malaysia, 
pakar luar negara dan MAS.

Katanya keluarga Zaharie dan keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul 
Hamid juga memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses pen-
yiasatan berlangsung. Berita Rtm
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.