Lagi dakwaan temui pesawat MH 370

By: Unknown →
Kini misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masuk 
hari ke-13.  Pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya 
yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir 
pesawat itu dilaporkan hilang.

Terkini, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam 
air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan 
hilang pada 8 Mac lalu.

Bezanya dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar 
tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.Ia 
didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir 
penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu 
dikesan radar tentera.

Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai 
ketulenan gambar tersebut, lapor mStar Online.
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.