MH370: Pasukan mencari dan menyelamat Filipina yang berada dalam 
pesawat C-130 melakukan operasi mencari Malaysia Airlines Flight 370  
di sekitar perairan barat negara tersebut semalam. 

MH370 atau Malaysia Airlines Flight 370 / KUALA LUMPUR Syarikat 
penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango ber-hubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar 
Pemantau.

Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden 
yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.
“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa 
kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata 
sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi 
mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh 
semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada per-
buatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, meng-
akui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi 
menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat Malaysia Airlines Flight 370.

Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan 
(pesawat Malaysia Airlines Flight 370). Itu mesej untuk kami meningkatkan 
lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan.sumber: sinar harian
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.