BEIJING: Kerajaan negara China menyampaikan rasa kecewa terhadap kerajaan 
Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370 dengan meminta mereka dibekalkan 
maklumat yang terkini tentang kehilangan pesawat MAS itu.

New York Times melaporkan hari ini China, negara asal majoriti penumpang 
pesawat itu,  jelas ada tanda-tanda kemarahan dan kecewa di kalangan 
keluarga penumpang yang terlibat dengan cara Malaysia mengendalikan 
situasi ini.

Dilaporkan juga, Menteri Luar China Wang Li menyampaikan ketidak sabarannya 
itu dalam panggilan telefon sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web 
kementerian.

“Pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang hampir 40 jam,” katanya sebagaimana 
yang dipetik ketika memberitahu rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri 
Anifah Aman.“Kerajaan China memandang perkara ini secara serius, dan 
rakyat China juga sangat bimbang.”

Beliau meminta Malaysia sentiasa memberikan laporan terkini, lapor media 
dunia itu.Dalam siri laporannya, pegawai Malaysia sentiasa enggan menjawab 
soalan yang mereka sifatkan sebagai “hal keselamatan”.

“Kami akan sentiasa mengkaji protokol keselamatan, dan jika perlu kami akan 
perketatkannya lagi,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga berkata, 
beliau mempunyai nama empat penumpang yang disyaki tetapi maklumat itu 
adalah ‘”terkawal”.

Sekurang-kurangnya ada lima perkara luar biasa dalam senarai penumpang 
pesawat Penerbangan Malaysia Boeng 777-200 ER yang berlepas dari 
Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi 
Sabtu dalam perjalanan 3,700 km ke Beijing.

Ia terputus hubungan dengan kawalan penerbangan kira-kira 1.30 am dan tidak 
tiba di Beijing, menyebabkan kerja mencari dan menyelamat besar-besaran 
digerakkan dari laut Andaman dan Selat Melaka di barat kepada Laut Cina 
Selatan di timur.Sumber Malaysian Insider
    Share On:
ADMIN

PERINGATAN:JOMBACAPAPER.BLOGSPOT.COM tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.